HAMPIR dua dekad selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas rejim Taliban, kumpulan bersenjata itu dilihat semakin kuat berbanding sebelum ini. Serangan udara itu juga dianggap sebagai yang paling panjang pernah... Klik di sini untuk terus membaca

HAMPIR dua dekad selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas rejim Taliban, kumpulan bersenjata itu dilihat semakin kuat berbanding sebelum ini.

Serangan udara itu juga dianggap sebagai yang paling panjang pernah berlaku dalam sejarah peperangan negara tersebut di dunia.

Pada 7 Oktober 2001, AS melakukan serangan ke atas militan-militan itu di Afghanistan yang dipercayai melindungi kumpulan Al-Qaeda iaitu sebuah kumpulan yang mendalangi serangan 11 September 2001 dan membunuh hampir 3,000 orang di AS.

Kumpulan Tliban memerintah Afghanistan antara tahun 1996 hingga 2001 sebelum disingkirkan daripada kekuasaan oleh tentera asing diketuai AS.

Ia telah berjuang untuk mendirikan kerajaan di Kabul hampir dua dekad dalam satu konflik yang menyebabkan ribuan orang terkorban.

Sembilan belas tahun selepas rejim mereka runtuh, Taliban kini kembali semula untuk berkuasa.

Rejim itu menandatangani satu perjanjian pengunduran tentera asing dalam tempoh 14 bulan dengan Washington pada Februari lalu dan ketika ini mengadakan rundingan damai pula dengan kerajaan Afghanistan.

Bimbang bahawa Taliban mempunyai peluang yang kecil selepas hari-hari gelap rejim mereka apabila ia melaksanakan hukuman merejam wanita-wanita yang didakwa melakukan perzinaan, menyerang kumpulan-kumpulan minoriti dan melarang kanak-kanak perempuan pergi ke sekolah.

Kebanyakan penduduk Afghnaistan juga merasa risau tentang era baharu pengarah Taliban.

"Saya mengingati rejim Taliban seperti satu mimpi ngeri. Kami berasa takut tentang masa depan kami dan anak perempuan kami," kata seorang penduduk Kabul, Katayoun Ahmadi yang berusia 26 tahun.

Beliau dapat mengingati dapat melihat tangan dan jari di jalan-jalan Kabul berikutan hukuman pemotongan tangan di bawah undang-undang ketat Syariah yang ditafsirkan oleh Taliban.

Namun, pencerobohan pada AS pada tahun 2001, memberikan beberapa kebaikan kepada golongan muda Afghanistan terutamanya kanak-kanak perempuan.

Ia juga membawa kebebasan kepada kanak-kanak perempuan apabila hak untuk mendapatkan pendidikan dijamin dalam Perlembagaan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini,dalam rundingan damai di Doha, QWatar pada 12 September lalu, kumpulan Taliban didapati hanya bercakap sedikit tentang isu hak wanita dalam kebebasan bersuara.

Sejumlah anggota-anggota kumpulan Taliban menghadiri rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan yang diadakan di Doha, Qatar pada 12 September lalu. - Foto AFP

Rundingan antara Taliban dengan kerajaan Afghanistan yang menyasarkan untuk menamatkan konflik di Afghanistan selama 19 tahun menunjukkan perkembagan yang perlahan disebabkan oleh tiada persetujuan dicapai berhubung bagaimana untuk membentuk kod pengendalian yang akan digunakan dalam rundingan yang lebih besar.

Sementara itu, Taliban juga telah meningkatkan serangan di seluruh negara walaupun ia menghantar perwakilan dalam rundingan dengan kerajaan Afghanistan di Doha.

Keganasan masih menyelubungi negara tersebut walaupun rundingan bagi menamatkan konflik di Afghanistan diadakan di Doha diadakan.

Menurut seorang pegawai di negara itu pada 24 September lalu, pasukan keselamatan Afghanistan telah membunuh 65 anggota Taliban dalam satu pertempuran di timur Afghanistan.

Pertempuran yang berlaku pada 23 September lepas itu berlaku selepas anggota-anggota kumpulan berkenaan menyerbu sebuah ibu pejabat tentera di daerah Wazi Khwa di wilayah Paktika.

Sementara itu, Taliban pula didakwa membunuh 28 anggota polis dalam satu pertempuran di Gizab, selatan negara tersebut menurut kenyataan seorang pegawai negara berkenaan pada 24 September lepas.

Bagaimanapun, Taliban dalam satu kenyataan menyatakan ia menafikan membunuh anggota-anggota polis itu selepas mereka menyerah diri.

Dalam pada itu, suami Katayoun, Farzad Farnood, 35, seorang penyelidik untuk Institut Kajian Strategik Afghanistan berkata, peningkatan keganasan Taliban sejak satu perjanjian ditandatangani antara kumpulan tersebut dengan Washington menunjukkan para militan tidak pernah berubah.

"Adakah ini mencipta harapan untuk penduduk Afghanistan? Tidak," ujarnya.

Ketika remaja, beliau menyaksikan anggota kumpulan Taliban melemparkan batu sehingga mati ke atas wanita selain pelaksanaan hukuman mati dan sebatan di stadium bola sepak di Kabul.

Keluarganya juga terpaksa menyembunyikan antena televisyen hitam putih pada sebatang pokok berikutan kumpulan tersebut mengharamkan muzik dan hiburan.

"Semua pencapaian yang kita buat selama 18 tahun tidak wujud dalam era Taliban," ujarnya.

Bagaimanapun, seorang jurucakap kumpulan berkenaan enggan memberikan komen.

Zia-ul-Rahman, seorang bekas pejuang yang pernah bertempur dengan anggota-anggota tentera asing dan pasukan askar kerajaan selama empat tahun memberitahu AFP bahawa Taliban sedang berusaha untuk mewujudkan sistem Islam.

Katanya, sistem itu mahu diwujudkan walaupun Perlembagaan negara telah pun memberi keutamaan kepada agama Islam.

Gambar fail menunjukkan beberapa anggota Taliban memgang senjata di Afghanistan. - Foto AFP

"Kami tidak mempunyai masalah dengan kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan atau wanita yang bekerja, tetapi mereka perlu memakai hijab," tambahnya.

Penglibatan AS di Afghanistan membuktikan ia memberi kesan yang teruk ke atas kuasa besar tersebut.

Ia menyebabkan lebih AS$1 trilion (RM4.16 trilion) terpaksa dikeluarkan daripada dana AS dan mengakibatkan kira-kira 2,400 askar terkorban dalam perang yang dianggap oleh Jabatan Pertahanan AS sebagai menemui jalan buntu.

Di Doha, Taliban dan kerajaan bergelut untuk mencapai persetujuan dalam pelbagai isu sebelum mereka boleh mewujudkan satu agenda dalam rundingan yang mungkin berterusan selama bertahun-tahun.

Namun, Pengerusi Majlis Tertinggi Untuk Perdamaian Kebangsaan yang mengawasi keamanan di negara itu, Abdullah Abdullah memberitahu AFP sebelum ini bahawa terdapat perkembangan dalam perbalahan mengenai tafsiran tentang Islam yang sepatutnya digunakan bagi merangka undang-undang selepas konflik berlaku di Afghanistan.

Taliban merupakan anggota-anggota yang berfahaman Sunni telah menekankan pegangan kepada mazhab Hanafi tetapi para perunding kerajaan bimbang ia mungkin digunakan untuk mendiskriminasi ke atas sebahagian besar golongan Syiah Hazaras dan lain-lain minoriti di negara berkenaan.

Dalam rundingan yang diadakan pada 12 September itu, antara topik yang diperbincangkan ialah bagaimanakah urusan AS dengan Taliban akan membentuk masa depan Afghanistan.

Sementara itu, beberapa wakil rakyat AS berkata, mereka akan menentang sebarang perjanjian yang gagal untuk melindungi wanita dan golongan minoriti.

Seorang pekerja keselamatan di Kabul, Jawed Rahmani yang berusia 38 tahun berkata, penglibatan AS itu mungkin akan menyebabkan Taliban mengambil alih Afghanistan.

"Ia bukan rundingan damai tetapi satu perjanjian untuk menyerahkan kerajaan yang seterusnya kepada Taliban. Penduduk berasa gembira dengan apa yang kita ada kini berbanding dengan era gelap Taliban," tambahnya. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca