BEBERAPA hari kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian koronavirus (Covid-19) yang melebihi 300 kes telah menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya langkah kerajaan seterusnya. Kes baharu yang terus meningkat menyebabkan orang ramai... Klik di sini untuk terus membaca

BEBERAPA hari kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian koronavirus (Covid-19) yang melebihi 300 kes telah menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya langkah kerajaan seterusnya.

Kes baharu yang terus meningkat menyebabkan orang ramai menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti fasa satu pada Mac lalu akan dilaksanakan. Namun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menguatkuasakannya di seluruh Malaysia. Walaupun kerajaan memberi jaminan PKP hanya dilaksanakan di zon merah, ia tidak menghalang orang ramai bersiap sedia untuk melaluinya sekali lagi.

Ada dalam kalangan rakan Merak Jalanan sudah mula menyimpan stok makanan sejak awal minggu ini. Ada juga terus ke kedai gunting rambut.

Selain itu, tiga orang rakan Merak Jalanan sudah membeli komputer baharu dalam minggu ini sebagai persediaan bekerja dari rumah.

Bagi rakan Merak Jalanan yang lain terutama yang terkesan dengan PKP dahulu seperti dibuang kerja dan perniagaan gulung tikar, mereka mengakui tidak sanggup melaluinya sekali lagi.

Kata mereka, jika kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP 2.0 di seluruh Malaysia sekali lagi, mereka sudah tidak ada apa-apa lagi untuk bertahan.

Oleh itu, Merak Jalanan amat bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan PKP serentak di seluruh Malaysia. Walaupun jangkitan Covid-19 boleh merebak dengan pantas, Merak Jalanan yakin dengan keupayaan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sekarang yang tinggal adalah tugas seluruh rakyat termasuk pemimpin negara untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kita tidak mahu lagi melihat pemimpin yang sepatutnya memberi teladan yang baik tetapi gagal dalam tugas mereka memutuskan rantaian Covid-19.

Klik di sini untuk terus membaca