Awang kesian juga dengan Tan Sri Perdana Menteri. Perutusannya yang terbaru banyak mengundang reaksi negatif. Terutamanya apabila dia sebut ‘Abah’ (dia membahasakan dirinya begitu) akan lebih tegas dalam isu orang yang tak patuh SOP.
Baguslah Abah nak guna rotan bagi mereka yang degil. Tapi siapa yang Abah nak rotan dulu? Begitu hangat perbincangan dalam media sosial dan di kedai kopi pasal hal itu. Banyak yang kata Abah salah orang nak rotan. Selama ini rakyat sedia terima hukuman kesalahan mereka. Mereka ditangkap, disaman dan didakwa. Jikalau mereka tak patuh SOP, mereka dihukum.
Banyaklah pihak yang berwajib memastikan SOP dipatuhi. Mereka cari sampai ke kelab malam dan pub. Beratus orang disaman di tempat seperti itu. Tapi kita tak dengar pun ada kluster kelab malam atau pub selama ini.
Rakyat sedia patuhi SOP. Tapi apakah menteri Kabinet patuh sama? Kes seorang menteri yang pergi Turki dikenakan denda yang sedikit buat rakyat marah. Baru-baru ini seorang menteri yang balik dari Sabah berjalan merata-rata sebelum dia didapati positif Covid-19. Patutnya dia buat kawalan kendiri.
Manalah rakyat tak marah bila Abah cakap pasal nak merotan. Abah patut disiplinkan menteri Kabinetnya dulu sebelum bertindak pada rakyat. Patutnya amalkan kepimpinan melalui teladan. Rakyat lebih marah kerana kes Covid-19 melonjak susulan kempen ahli-ahli politik di Sabah.
Klik di sini untuk terus membaca