DALAM struktur sebuah famili, seorang bapa atau abah digelar ketua keluarga. Sejak awal Jun lalu juga bagi menambahkan kemesraan rakyat dan pemimpin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun diberikan gelaran Abah Malaysia. Merak... Klik di sini untuk terus membaca

DALAM struktur sebuah famili, seorang bapa atau abah digelar ketua keluarga. Sejak awal Jun lalu juga bagi menambahkan kemesraan rakyat dan pemimpin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun diberikan gelaran Abah Malaysia.

Merak Jalanan tidak pasti yang memulakan gelaran itu sama ada netizen atau portal pro-kerajaan. Tapi Merak Jalanan puji usaha baik seperti itu.

Namun, selepas tiga bulan Abah Malaysia mungkin pening kepala sebab ada ‘anak-anak’mula derhaka.

Ramai anak yang melihat kegilaan ahli politik yang kemaruk kuasa baik di pihak kerajaan atau pembangkang menyebabkan meledaknya gelombang ketiga Covid-19.

Tidak cukup dengan itu juga, rumah tangga Abah Malaysia pun semakin goyah. Pasangan yang dulunya seia sekata mula memberontak selepas dikatakan ‘keluarga’ sebelah Abah Malaysia tidak adil.

Namun, di sebelah UMNO juga rupa-rupanya ada masalah dan khabarnya berpecah-belah.

Merak Jalanan dengar sampai ada tiga empat kem dalam UMNO. Ada yang setuju nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang mahu kekal dalam Perikatan Nasional (PN) dan ada juga kem atas pagar.

Yang pasti, bagi Merak Jalanan, kisah dalam ‘kain’ UMNO sepatutnya diselesaikan dengan baik oleh Abah UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tapi Abah UMNO pun ikut sama main tarik tali, sudahnya ‘anak-anak’pun jadi tidak keruan.

Apatah lagi bila Abah UMNO menulis surat mengatakan beliau tidak dapat menghalang mana-mana Ahli Parlimennya menyokong Anwar.

Sama ada tindakan Abah UMNO hanya strategi mahu memberi tekanan kepada Muhyiddin, namun krisis politik PN yang terus berlarutan amat mengecewakan anak-anak Malaysia.

Klik di sini untuk terus membaca