SHAH ALAM - Cadangan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan FGV Holdings Bhd dan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan adalah tepat pada masanya.
Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ketika ini tanaman semula telah dilakukan dan sudah mula mengeluarkan hasil yang baik.
"Pada ketika ini juga harga sawit sudah mula naik. Jadi ia adalah masa yang tepat dan terbaik. Soalnya sama ada betul atau tidak sukuk akan dibuat, Kabinet sudah bersetuju.
"Ia adalah keputusan yang terbaik bagi melaksanakan pelan pemulihan Felda,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Shahrir bagaimanapun berkata, apabila mengambil semula tanah yang dipajak itu, perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kecekapan pengurusan dan kos.
Menurutnya, sekiranya mengikut Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberikan terbitan sukuk bernilai RM6 bilion.
"Tetapi tidak ada apa-apa dan tidak menjadi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pinjaman RM9.9 bilion Felda diluluskan
Beliau berkata, dengan membatalkan LLA, pihak berkaitan perlu mengadakan dua perkara iaitu rundingan dengan FGV dan FGV perlu mendapatkan persetujuan daripada Lembaga Pengarah dan pertubuhan yang terlibat.
"Ia adalah keputusan yang terbaik. Bila nak dibuatnya, entahlah,” kata beliau lagi.
Klik di sini untuk terus membaca