SHAH ALAM - Sidang Dewan Rakyat yang bermula esok bakal menjadi tumpuan rakyat dan pemerhati politik di negara ini. Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 itu pastinya hangat susulan beberapa isu yang mewarnai negara sejak... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sidang Dewan Rakyat yang bermula esok bakal menjadi tumpuan rakyat dan pemerhati politik di negara ini.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 itu pastinya hangat susulan beberapa isu yang mewarnai negara sejak kebelakangan ini.

Antara perkara menjadi tumpuan di Dewan Rakyat esok ialah usul tidak percaya dan usul percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, perkembangan yang juga akan menjadi tumpuan adalah respons dalam Dewan Rakyat selepas cadangan pengisytiharan darurat Muhyiddin ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan paling utama ialah Belanjawan 2021 yang sangat penting ketika negara dan rakyat sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Whip Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, beliau menjangkakan Dewan Rakyat hangat susulan pelbagai isu antaranya cadangan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri.

"Sudah pasti perkara tersebut menjadi soalan yang akan diajukan kepada pihak kerajaan.

"Perdana Menteri dan kerajaan pasti akan dikritik hebat kerana mahukan darurat ini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Dalam pada itu, pertikaian berhubung keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin terus dipersoalkan sehingga terdapat 25 usul undi tidak percaya diserahkan kepada Dewan Rakyat.

Ia susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan menyatakan Muhyiddin telah kehilangan sokongan di Parlimen.Persoalan adakah usul itu sempat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini juga menarik perhatian kerana umum mengetahui urusan kerajaan diberikan keutamaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Apa yang boleh digambarkan ialah pembangkang iaitu PH akan berusaha mendesak dan berusaha memastikan usul itu berjaya dibentangkan sebelum mesyuarat penggal ini tamat pada 15 Disember depan.

Mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia akan menjadi penentu kepada nasib rakyat dan daya tahan ekonomi dalam mendepani Covid-19.

Tengku Zafrul menjadi individu paling sibuk ketika ini dalam merangka belanjawan tersebut.

Apa yang menarik ialah beliau melibatkan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi mendapatkan pandangan dan cadangan agar buah fikiran ahli-ahli Parlimen di semua peringkat tidak tercicir.

Klik di sini untuk terus membaca