"TAK pernah berlaku sebelum ini, bila pergi pusat beli belah boleh pilih tempat letak kereta sesuka hati. Lengang tiada pengunjung. Banyak premis ditutup daripada buka. Suasana macam dilanda garuda,” cerita seorang rakan Merak Jalanan yang berkunjung ke sebuah pusat beli belah terkenal di Shah Alam minggu lalu.
Memang ramai peniaga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKKB) yang diumumkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober lalu bagi membendung kes koronavirus (Covid-19) yang naik secara mendadak.
Meskipun kerajaan membenarkan aktiviti ekonomi diteruskan sepanjang PKKB, namun ia tidak menarik orang ramai untuk berkunjung ke pusat beli-belah atau pasar-pasar raya.
Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pusat beli belah dan pasar raya di lokasi-lokasi PKPB sunyi dan lengang tanpa kehadiran orang ramai.
Semakin perit apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKKB di seluruh negara selama sebulan bermula 9 November kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Pahang.
Bermakna, warga Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah terpaksa menjalani PKPB selama hampir dua bulan, jika tempoh itu tidak dilanjutkan lagi 6 Disember itu.
Selalunya, tempat-tempat ini selalu sesak atau sekarang-kurangnya ada juga segelintir orang keluar membeli belah walaupun sekadar berjalan-jalan dan melepak.
Ada juga premis yang langsung tidak ada pelanggan walaupun menyediakan rakaman audio mengajak pelanggan masuk ke kedainya.
Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil ramai peniaga akan gulung tikar. Ini masa yang sangat sukar. Justeru Merak Jalanan berharap kes Covid-19 dapat diatasi dengan segera.
Kepada peniaga, Merak Jalanan harap jangan putus asa.
Klik di sini untuk terus membaca