SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pengisytiharan harta dalam kalangan penjawat awam terutama membabitkan agensi penguatkuasaan.
Pakar kriminalogi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, proses itu bukan hanya membabitkan pegawai atasan, malah anggota bawahan juga perlu mengisytiharkan harta mereka.
Menurutnya, langkah itu bagi mengekang budaya rasuah yang dikaitkan dengan kakitangan kerajaan terutama agensi penguatkuasa seperti polis seperti yang didedahkan baru-baru ini."Dalam perkhidmatan kerajaan, kita ada pengisytiharan harta. Menerusi pengisytiharan harta itu, kita boleh tahu apa bentuk atau jumlah harta yang mereka ada.
"Sekiranya SOP pengisytiharan harta dilakukan dengan telus dan disemak dengan betul oleh pegawai unit integriti, kita boleh tangani isu rasuah.
"Bagaimanapun, apa yang kita lihat kini, SOP pengisytiharan harta tidak dilakukan dengan betul-betul. Sedangkan kalau seseorang kakitangan itu telah mengisytiharkan harta, tetapi kehidupan melebihi kemampuan sebenar, sepatutnya tindakan awal boleh diambil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Segelintir pegawai polis dikesan amal cara hidup 'ala orang kaya'
Beliau mengulas pendedahan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya bahawa pihaknya sedang memantau gaya hidup berlebihan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis yang dilihat tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh.
Shahul Hamid berkata, amalan membabitkan segelintir pegawai dan anggota itu perlu dibendung segera bagi mengelak kepercayaan dan integriti dalam kalangan badan beruniform itu tidak terus terhakis.
Klik di sini untuk terus membaca