SHAH ALAM - Isu amalan gaya hidup mewah oleh segelintir anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau penguatkuasa di negara bukanlah perkara baharu.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, isu berkenaan sudah berlaku di negara ini sejak tahun 1980-an lagi.
Beliau berkata, ketiadaan satu sistem yang lebih baik oleh kerajaan dan PDRM untuk mengatasi isu berkenaan menjadi antara faktor yang menyebabkan ia masih tidak dapat diatasi sehingga kini.
"Kita sedar bahawa pangkat mereka mungkin di peringkat pertengahan atau bawahan sahaja, tetapi mampu menggunakan kenderaan mewah dan sebagainya. Faktor utama kepada perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan amalan rasuah dan salah guna kuasa.
"Perkara ini bukan baharu dan sepatutnya pihak PDRM sudah ada satu sistem pemantauan ke atas pegawai yang kelihatan hidup mewah melebihi pendapatan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Jais berkata, beliau meminta kerajaan bersama PDRM untuk melakukan pengubahsuaian dan penstrukturan dalam skala besar-besaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Segelintir pegawai polis dikesan amal cara hidup 'ala orang kaya'
Menurutnya, mekanisme sedia ada masih belum mencukupi untuk mengatasi masalah tersebut meskipun gejalanya sudah berterusan sejak sekian lama.
Malah, katanya, beliau mendapati terdapat kes di mana anggota yang membuat laporan integriti ke atas rakan sekerjanya yang lain akan dilihat sebagai pengkhianat.
"Walaupun ada usaha tetapi ia umpama ‘melepaskan batok di tangga’. Terdapat segelintir pegawai atasan yang menjadi ketua mengarahkan pegawai bawahan mereka melaksanakan tugas bagi pihaknya.
"MCW ada menerima banyak laporan daripada pegawai polis sendiri yang memberitahu bahawa apabila dia membuat laporan akhirnya dia dicap sebagai pembawa masalah. Ada dalam kalangan mereka dipindahkan ke tempat lain. Itu sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca