[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Pekerja di sebuah gudang pembekal daging sejuk beku di Senai, di sini mengakui tidak mengetahui premis terbabit disyaki menjalankan kegiatan menyeludup masuk daging secara tidak sah. Hanya mahu dikenali sebagai... Klik di sini untuk terus membaca

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Pekerja di sebuah gudang pembekal daging sejuk beku di Senai, di sini mengakui tidak mengetahui premis terbabit disyaki menjalankan kegiatan menyeludup masuk daging secara tidak sah.

Hanya mahu dikenali sebagai Amirul, 27, dia mengaku sudah bekerja di gudang terbabit sejak dua tahun lalu sebagai pemandu lori.

Menurutnya, dia yang tinggal di Kempas hanya ditugaskan untuk menghantar daging sejuk beku di kedai pelanggan termasuk pemborong dan pasar raya di sekitar Johor Bahru.

"Saya diambil bekerja dua tahun lalu. Sebelum masuk memang saya sudah bertanya sama ada premis ini menjual daging babi atau sebagainya dengan tidak sah, namun individu yang menguruskan kemasukan saya ketika itu mengatakan semuanya sah.

"Sebab itu saya yakin untuk bekerja di sini dengan bayaran gaji lebih RM2,000," katanya ketika ditanya Sinar Harian selepas ditahan semasa serbuan pihak berkuasa di gudang terbabit.

Kartel tukar daging haram jadi halal

Klik di sini untuk terus membaca