Pening lalat Awang sebenarnya nak fahamkan apa yang terjadi di Perak. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan dengan undi tak percaya yang digerakkan oleh UMNO dengan sokongan DAP.
Ahmad Faizal bukan sembarang orang, dia orang kuat parti Bersatu, parti Tan Sri Perdana Menteri.
Peliknya, UMNO ada dalam Perikatan Nasional atau PN, yang sekarang memerintah negara. UMNO dan Bersatu dalam satu kapal, bersama Pas dan lain-lain.
Jadi mengapa UMNO ambil langkah nak jatuhkan MB yang mewakili kerajaan yang memerintah? Macam ada pemberontakan atau mutiny dalam kapal yang sedang belayar.
Macam-macam teorilah yang kita dengar. Ada yang kata UMNO nak tunjuk belang sebenar. UMNO nak hantar isyarat pada Tan Sri Perdana Menteri, "kami jangan diambil mudah”. Kalau UMNO berjaya buat di Perak, tak ada sebab tak boleh berjangkit ke tempat lain.
Awang harap ini pengajaran bagi Tan Sri Perdana Menteri. Dalam sebuah bahtera, semua patut jadi anak kapal, ikut nakhoda yang satu, tapi rupanya tidak.
Awang boleh jangka siapa dalang dalam kes ini. Nampaknya orang berkenaan nak tunjuk taring sebenar. Nak tunjuk dia masih call the shot kata orang putih.
Klik di sini untuk terus membaca