Merak Jalanan tumpang sedih dengan tragedi bayi 22 hari pemain JDT yang maut dalam kemalangan di lebuh raya dekat Pulau Pinang tempoh hari. Nahas ngeri itu turut meragut nyawa ibu mentuanya. Isteri dalam pantang pula cedera teruk. Menurut... Klik di sini untuk terus membaca

Merak Jalanan tumpang sedih dengan tragedi bayi 22 hari pemain JDT yang maut dalam kemalangan di lebuh raya dekat Pulau Pinang tempoh hari.

Nahas ngeri itu turut meragut nyawa ibu mentuanya. Isteri dalam pantang pula cedera teruk.

Menurut laporan, Vellfire yang dipandu pemain bola itu terbabas sebab nak elak objek di tengah jalan. Tapi polis juga tak tolak kemungkinan dia terlelap semasa memandu.

Yelah, kejadian itu berlaku jam 5.30 pagi setelah dia menempuh perjalanan sejauh lebih 600 kilometer dari Johor Bahru.

Merak Jalanan biasa dengar fenomena terlelap sesaat atau dipanggil microsleep ini. Ramai pemandu pernah alaminya, tak kira tua atau muda, waktu malam atau siang terang-benderang.

Tanda-tanda awal microsleep termasuklah mata kuyu, kepala tersengguk-sengguk, pandangan kosong dan tak ingat apa yang terjadi beberapa minit lalu.

Perkara ini berlaku bila pemandu sudah penat sangat, mungkin sebab tak cukup tidur atau memandu terlalu lama. Oleh sebab microsleep sering jadi punca kemalangan di seluruh dunia, para pengeluar kenderaan berlumba-lumba mencipta ciri keselamatan untuk meminimumkan fenomena ini.

Teknologi tersebut berfungsi dengan memberi amaran kepada pemandu yang mengantuk.

Lain jenama kenderaan, lain pula nama teknologi tersebut. Misalnya, Mercedes-Benz memberi nama Attention Assist, Mitsubishi Rest Reminder, Honda Driver Attention Monitor dan Toyota Driver Monitoring System.

Tak kira secanggih mana pun teknologi kenderaan, pokok pangkalnya balik kepada pemandu juga.

Kalau penat atau mengantuk, berehat dan tidurlah sekejap. Jangan risikokan keluarga tersayang. Kelak sesal sepanjang hayat gara-gara terlelap sesaat.

Klik di sini untuk terus membaca