SHAH ALAM - Kedah dan Pulau Pinang perlu membawa pertikaian melibatkan sumber air mentah yang dihadapi oleh kedua-dua negeri itu ke mahkamah sekiranya mahu menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu. Pensyarah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kedah dan Pulau Pinang perlu membawa pertikaian melibatkan sumber air mentah yang dihadapi oleh kedua-dua negeri itu ke mahkamah sekiranya mahu menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kaedah rundingan bukanlah jalan terbaik yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.

"Kalau rujuk berita-berita terdahulu mengenai isu ini, misalnya pada tahun 2018, Menteri Besar Kedah sudah bersedia berbincang dengan Pulau Pinang tentang isu penggunaan air di Sungai Muda.

"Maknanya memang telah ada inisiatif dari dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PBAPP sila bayar RM50 juta setahun sebelum komen: MB Kedah

'Pulau Pinang tidak akan bayar RM50 juta kepada Kedah'


Caj RM50 juta untuk pulihara kawasan tadahan air: MB Kedah

Pada Rabu lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membayar RM50 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah bagi caj air mentah.

Dalam laporan berasingan, Mohamad Sanusi berkata, caj tersebut dituntut kerajaan negeri Kedah daripada PBAPP itu bertujuan bagi menampung kos memulihara kawasan tadahan air di kawasan Ulu Muda, Kedah.

Dalam pada itu, Nik Ahmad berkata, pertikaian melibatkan sumber air mentah antara kedua-dua negeri itu adalah isu yang rumit kerana ia bukan sahaja melibatkan isu persempadanan antara kedua negeri tersebut, malah ia merangkumi isu mengenai pendefinisian air itu sendiri.

Jelasnya, Akta Industri Perkhidmatan Air yang digubal pada tahun 2006 bagi memudahkan pengurusan air negara itu juga didapati hanya menyentuh mengenai air yang telah dirawat sahaja.

"Jadi antara Kedah dan Pulau Pinang pula, isunya lebih besar kerana ia melibatkan sempadan sungai dan penggunaan air mentah.

"Ini kerana maksud air dalam isu ini juga memerlukan konteks yang lebih luas daripada isu persempadan negeri," ujar beliau.

Sehubungan itu, Nik Ahmad berpendapat bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut ialah dengan membawanya ke mahkamah kerana ia memerlukan kepada pentafsiran undang-undang yang berdasarkan kepada perundangan antarabangsa dan juga negara.

Katanya, kedua-dua negeri tersebut juga dijangka kekal tetap dengan pendirian masing-masing berkenaan dengan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: PBAPP perjelas sebab Kedah tidak boleh tuntut caj air RM50 juta

Perkenal cukai bekalan air mentah antara negeri riparian

Klik di sini untuk terus membaca