MERIAH kedai emas dengan pelanggan sekarang. Merak Jalanan dengar cerita harga barang perhiasan untuk kaum wanita itu tengah murah.
Memang elok sangatlah bagi mereka yang berkemampuan membeli emas pada waktu sekarang.
Tidak rugi beli emas kerana kita boleh pajak atau jual semula jika kita memerlukan duit pada masa depan.
Merak Jalanan pernah ada pengalaman pajak emas di kedai pajak gadai Islam.
Pada mulanya, ada rasa malu dalam hati kerana stigma buruk masyarakat yang pandang serong orang yang masuk kedai pajak gadai.
Tetapi sebenarnya perkara ini biasa dalam kalangan peniaga. Berniaga ini ada waktu senang dan ada waktu susah.
Waktu senang beli emas, waktu susahlah emas digadai untuk pastikan perniagaan terus bertahan.
Merak Jalanan rasa cara ini lebih bagus daripada guna kad kredit. Bahaya berhutang dengan kad kredit. Faedah pun tinggi.
Menurut Perunding Pelaburan Emas, Syukor Hashim, dari awal Januari sehingga Ogos tahun ini berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus dan pernah melebihi RM300 segram, namun harga itu telah jatuh semula dan terkini RM256 segram.
Jelas beliau, punca harga emas naik itu disebabkan ancaman Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi dunia.
Orang ramai pula tidak berani berbelanja yang secara tidak langsung menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.
Namun apabila berita vaksin Covid-19 telah dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman Covid-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih.
Jadi, pesanan Merak Jalanan kepada suami jangan lokek untuk keluarkan duit untuk beli emas kepada isteri anda.
Isteri bertambah sayang kepada anda dan keluarga bertambah bahagia.
Klik di sini untuk terus membaca