SEKIAN lama bosan melihat antara muka Facebook yang memaparkan benda sama setiap hari, hidup Merak Jalanan kembali ceria selepas wujudnya page Malaysia Dulu-Dulu Official sekitar Jun lalu. Tidak tahu siapa yang mewujudkannya tapi... Klik di sini untuk terus membaca

SEKIAN lama bosan melihat antara muka Facebook yang memaparkan benda sama setiap hari, hidup Merak Jalanan kembali ceria selepas wujudnya page Malaysia Dulu-Dulu Official sekitar Jun lalu.

Tidak tahu siapa yang mewujudkannya tapi kehadirannya telah mencetuskan rasa teruja yang berlipat kali ganda setiap kali Merak Jalanan mengakses akaun Facebook berkenaan.

Rasanya, bukan Merak Jalanan sahaja yang teruja. Orang lain pun pasti berasa perkara yang sama. Kalau tidak masakan jumlah pengikut page itu meningkat hingga mencecah angka ratusan ribu.

Secara amnya, Malaysia Dulu-Dulu Official memaparkan banyak perkara yang mencipta populariti sekitar era 70, 80 dan 90-an seperti iklan, muzik, tempat, fesyen, filem dan sebagainya.

Menariknya, gambar dan cerita yang dikongsikan kebanyakannya tidak pernah dipaparkan di surat khabar kerana koleksi tersebut bersifat peribadi dan dimiliki secara eksklusif oleh individu yang memuat naiknya.

Walaupun subjek berkenaan telah berlalu puluhan tahun, namun rata-ratanya meninggalkan nilai sentimental kepada Merak Jalanan yang membesar sekitar 80-an dan 90-an.

Pada era berkenaan sudah tentu muzik, terutamanya rock kapak antara perkara utama yang menjadi perhatian ramai termasuk Merak Jalanan sendiri.

Gambar kumpulan Wings, Search, SYJ dan BPR yang dikongsikan sedang beraksi di pentas funfair seluruh Malaysia membuatkan Merak Jalanan rasa macam nak main muzik semula.

Namun, apakan daya usia telah meningkat malah kawan-kawan ‘sekepala’ pula sudah ramai yang tiada. Tinggal kini hanya kenangan lalu yang tidak akan berulang kembali.

Mujur ada page sebegini, sekurang-kurangnya dapat juga Merak Jalanan mengenang kembali perjalanan hidup ketika meniti usia dewasa bermula dari zaman kanak-kanak.

Klik di sini untuk terus membaca