Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.
- Tun Dr Mahathir Mohamad, 95
Apabila mengisahkan perihal politik negara, pastinya nama Tun M menjadi sebutan, berpengalaman luas dalam selok-belok politik sejak usia muda. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan sekali tetapi dua kali!
Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003 dan seterusnya Perdana Menteri ketujuh dari 2018 hingga Februari 2020, sekali gus menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.
Namun, dalam tempoh kurang dua tahun, lembaran 2020 menyaksikan Tun M terpaksa melepaskan jawatan selepas terjadi Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Walaubagaimanapun Tun M masih aktif berpolitik dan belum menunjukkan tanda-tanda akan berundur dalam masa terdekat.
Ini terbukti dengan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) oleh Tun M selepas digugurkan keahliannya dalam Bersatu. Menurutnya, Pejuang ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif serta moderat.
Klik di sini untuk terus membaca