SHAH ALAM - Siasatan terperinci mengenai scam poligami dan tindakan tegas harus dijatuhkan kepada pesalah sama ada ia melibatkan penjawat awam atau individu berkepentingan.
Naib Presiden Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Malaysia (Abim), Fatin Nur Majdina Nordin berkata, ia sangat penting agar kesalahan seperti itu tidak berulang.
Beliau berkata, isu berkenaan melibatkan integriti institusi kehakiman Islam khususnya dalam isu keluarga Islam.
"Saya fikir scam poligami adalah isu yang serius dan sangat perlu kepada siasatan yang terperinci. Isu poligami memang telah lama berlaku dalam masyarakat kita dan melibatkan pelbagai pihak termasuk ejen sebagai pihak ketiga.
"Sebagai masyarakat, kita berharap kepada integriti institusi kehakiman Islam khususnya dalam isu keluarga Islam,” katanya di sini pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Suriani Sudi berkata, pihak berkuasa perlu mencari mereka yang terlibat termasuk ejen-ejen yang menjalankan perbuatan berkenaan.
"Pihak berkaitan seharusnya memperkemaskan lagi sistem permohonan poligami agar tidak ada ruang daripada suami yang tidak bertanggungjawab untuk ambil kesempatan.
"Seperti dalam kes ini, satu persoalan bagaimana tandatangan isteri pertama boleh diperoleh tanpa pengetahuannya. Bagi saya, kaedah ini perlu diperkemas agar tidak tidak ada ruang buat suami yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan,” katanya.
Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin pula berkata, kerajaan perlu segera memperketatkan lagi undang-undang mengenai poligami.
Tambah beliau, sistem poligami yang terlalu rumit turut menyumbang kepada kes scam poligami semakin berleluasa.
"Ada satu kes di mana seorang suami ingin berpoligami dan mendapat persetujuan isteri pertama.
"Namun disebabkan proses yang terlalu rumit menyebabkan isterinya menarik balik persetujuan tersebut dan menyebabkan si suami itu mengambil keputusan untuk kahwin di Thailand,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Scam poligami: Zulkifli mahu siasatan dalaman dilakukan
Scam poligami jadi satu bisnes
JKSM dedah kegiatan scam poligami
Klik di sini untuk terus membaca