KUALA TERENGGANU - Tiada sebarang aduan atau laporan berkaitan kegiatan scam poligami berlaku di Terengganu setakat ini. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd bagaimanapun berkata, sekiranya berlaku pihaknya menasihatkan... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA TERENGGANU - Tiada sebarang aduan atau laporan berkaitan kegiatan scam poligami berlaku di Terengganu setakat ini.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd bagaimanapun berkata, sekiranya berlaku pihaknya menasihatkan kepada mangsa atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan supaya segera membuat aduan atau laporan kepada pihaknya agar tindakan segera dapat diambil.

"Sekiranya ada si isteri di sini (Terengganu) yang merasakan mereka menjadi mangsa dan meragui dokumen berkaitan yang ada, mereka dinasihatkan supaya datang segera untuk membuat semakan semula selain boleh juga membuat laporan terus kepada pegawai penguat kuasa syariah di mana-mana pejabat agama berhampiran.

"Kalau boleh jangan dibiarkan terlalu lama dan mengambil keputusan untuk berdiam diri dengan alasan tidak tahu bagaimana cara hendak dilakukan.

"Sekiranya mereka datang merujuk kepada kami segera, insya-ALLAH selain dibantu untuk membuat semakan semula, mereka juga akan dibantu untuk tindakan seterusnya yang perlu diambil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang aduan penipuan melibatkan kakitangan mahkamah, tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada penjawat awam.

"Kami tidak akan berkompromi dengan perbuatan kakitangan yang didapati tidak amanah dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diberikan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Scam poligami: Berlaku kerana ada permintaan, penawaran

Scam poligami jadi satu bisnes

JKSM dedah kegiatan scam poligami

Klik di sini untuk terus membaca