AWANG tak terperanjat Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi akan bertindak lebih ganas untuk tunjuk belangnya. Khabarnya dia dah arahkan semua ahli Parlimen UMNO dalam kerajaan supaya letak jawatan bulan depan. Dengan itu, akan bergoncang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak terperanjat Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi akan bertindak lebih ganas untuk tunjuk belangnya.

Khabarnya dia dah arahkan semua ahli Parlimen UMNO dalam kerajaan supaya letak jawatan bulan depan. Dengan itu, akan bergoncang lagi kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.

Jikalau tengok pada keputusan, lebih 140 bahagian UMNO yang bersidang setakat ini memang semua tak mahu kerjasama dengan Bersatu. Tan Sri Annuar Musa yang dicap jadi ‘jurucakap’ parti Bersatu pun dah digugurkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN). Beliau juga digugurkan sebagai wakil UMNO dalam Sekretariat Muafakat Nasional (MN).

Memang Awang dah duga hal itu akan terjadi. Sebelum ini pun, dah ada bunyi-bunyi tak puas hati dengan tindakan beliau. Ada pihak yang cadang beliau dipecat dari UMNO.

Rakyat pun naik pening sebenarnya. UMNO dah diberikan peluang kembali berkuasa.

Tan Sri Perdana Menteri ambil risiko besar bawa masuk UMNO ikut pintu belakang. Patutnya mereka kukuhkan kedudukan. Pulihkan nama baik. Belajar dari kekalahan tahun 2018.

Tapi bak kata orang, macam diberikan betis mahukan paha. Orang yang tumpang kerajaan PN tiba-tiba jadi kaduk naik junjung. Apa yang berlaku di Perak adalah amaran pada Tan Sri Perdana Menteri.

Ada orang kata pemimpin tertinggi dalam UMNO lebih pentingkan nak selamatkan diri, bukan parti. Parti tak penting lagi. Kalah lagi pun tak apa.

Klik di sini untuk terus membaca