DARI awal lagi banyak orang bagi teguran, usah lantik orang politik duduk sebagai pengerusi mana-mana GLC atau agensi. Lambat-laun akan timbul kontroversi.
Ada pandangan yang mengatakan mereka tidak akan membuat keputusan cara profesional. Tapi Tan Sri Perdana Menteri mungkin ada agenda lain.
Berpuluh-puluh syarikat milik kerajaan dan agensi yang dipenuhi oleh orang politik. Habis terpelanting semua yang bukan orang politik tetapi profesional.
Awang pun tak terkejut apabila SPRM masuk ke Prasarana Malaysia Berhad. Sama ada ia ‘serbuan’ atau sekadar ‘berkunjung’ tak timbul.
Yang pentingnya pihak SPRM sahkan mereka dah masuk ke Prasarana untuk buat siasatan. Ekoran daripada beberapa isu yang berbangkit banyak pihak gesa SPRM bertindak di situ, termasuk Tan Sri Rafidah Aziz.
Pada masa ini, terdedahlah wujudnya keluarga orang politik yang berpengaruh menjadi kontraktor atau pembekal pada syarikat itu. Bukan di Prasarana saja, tapi banyak syarikat lain lagi.
Awang rasa elok sangat SPRM buat siasatan sampai ke akar umbi. Biar jelas apakah ada yang tak kena di situ. Ia peluang yang baik bagi
Prasarana bersihkan dirinya dari macam-macam tohmahan.
Awang rasa rakyat pun nak tahu mengapa Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohammad Nizam Alias digantung kerja dan surat tunjuk sebab diberikan padanya. Beliau baru dilantik ke jawatan itu pada bulan Julai dan digantung pada 9 Disember 2020.
Ada udang di sebalik batu agaknya?
Klik di sini untuk terus membaca