KEPADA ‘kaki basikal’ terutama mereka yang gemar berkayuh di Putrajaya, jangan lupa tarikh 9 Januari ini.
Ya, memang benar hanya dua hari lagi tarikh itu akan menjengah anda.
Bagi mereka yang terlepas pandang atau sudah terlupa, mulai Sabtu ini ada sesuatu yang ‘baharu’ menanti geng basikal. Jadi, bersiap sedia lebih awal jika tidak mahu RM2,000 melayang.
Seperti yang dihebahkan pihak media sebelum ini, denda maksimum RM2,000 boleh dikenakan kepada ‘kaki basikal’ yang didapati bersalah atas sebab tak patuh peraturan yang ditetapkan.
Jika basikal yang ditunggang tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk pemasangan loceng, lampu dan brek, bersedialah dengan saman daripada pihak polis Putrajaya.
Merak Jalanan sambut baik apa yang dilakukan pihak polis Putrajaya. Sudah tentu ia bukan untuk menganiaya tetapi lebih kepada menjaga keselamatan penunggang basikal.
Jangan lihat penguatkuasaan itu sebagai satu hukuman. Tetapi anggaplah saja ia sebagai satu pengajaran.
Merak Jalanan juga harap sangat langkah yang diambil polis Putrajaya dapat diikuti pihak berkuasa lain – lebih-lebih lagi di kawasan ‘panas’ yang sering menjadi tumpuan geng basikal.
Sebaik-baiknya penguatkuasaan itu harus lebih tegas pada Sabtu dan Ahad. Bukan apa, selalunya kita akan dapat lihat penunggang-penunggang basikal amatur ini berada di jalanan pada hari cuti minggu.
Memang diakui majoriti geng basikal lebih gemar berkayuh pada hujung minggu atas alasan kurang kenderaan tetapi jangan pula lupa, risiko bahaya tetap ada dan impaknya tetap sama.
Tak salah nak berkayuh sejauh mana atau ke mana sekalipun, cuma pesan Merak Jalanan sentiasalah berhati-hati.
Utamakan dulu keselamatan. Jangan dek kerana terlalu ghairah menunggang basikal, sampai lupa keselamatan diri.
Klik di sini untuk terus membaca