SEJAK kecil kita telah diajar dengan cara yang betul untuk membuang sampah agar kawasan didiami tidak tercemar dengan kekotoran dan sentiasa dalam keadaan kondusif. Sampah yang tidak diselenggara dengan baik atau dibuang di tempat yang... Klik di sini untuk terus membaca

SEJAK kecil kita telah diajar dengan cara yang betul untuk membuang sampah agar kawasan didiami tidak tercemar dengan kekotoran dan sentiasa dalam keadaan kondusif.

Sampah yang tidak diselenggara dengan baik atau dibuang di tempat yang tidak betul boleh memberi kesan kepada kesihatan akibat penularan penyakit dan kemusnahan sumber air bersih kesan daripada pencemaran.

Namun, sehingga hari ini, Merak Jalanan lihat masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang berterusan membuang sampah sesuka hati.

Mereka seolah-olah hidup pada zaman terkebelakang. Tindakan dilakukan hanya mengikut gerak hati semata-mata, walhal negara sudah bergerak maju ke hadapan dan majoriti rakyat telah dilengkapi dengan ilmu bahawa membuang sampah sesuka hati itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan patut dikecam.

Terbaharu, tular pula satu video seorang wanita mencampak dua beg plastik ke dalam sungai ketika kereta dinaikinya melalui sebuah jambatan.

Geleng kepala Merak jalanan tengok kejadian tersebut yang dilaporkan berlaku di sebuah daerah dalam jajahan Kelantan itu.

Difahamkan, wanita terbabit mendakwa berbuat demikian kerana mengikut nasihat seorang perawat tradisional selepas berubat membuang ‘saka’.

Betul atau tidak, Merak Jalanan tidak mahu komen tetapi secara amnya, tindakan tersebut dilihat sebagai tidak bermoral kerana membuang sampah sesuka hati di hadapan khalayak ramai.

Jika perilaku tersebut dimaafkan dan dibiarkan berulang, alasan tersebut dibimbangkan memberi ruang kepada orang lain untuk membuang sampah sesuka hati.

Tidak mustahil, pada masa- masa mendatang, ‘buang saka’ akan menjadi alasan popular yang digunakan oleh orang ramai bagi menutup kesalahan mereka mencampakkan sampah ke dalam sungai.

Klik di sini untuk terus membaca