PAKAR pendidikan kata, PdPR pilihan terbaik masa ini. Ini norma baharu yang harus diterima oleh guru, ibu bapa dan kanak-kanak.
Kita pun tak tahu berapa lama harus hidup dengan wabak ini. Dah setahun Covid-19 landa dunia.
Awang setuju sangat jikalau Kementerian Pendidikan jangan ambil sikap tunggu dan lihat. Sampai bila anak-anak tak bersekolah?
Jikalau wabak itu berterusan setahun, dua tahun, tiga tahun lagi macam mana?
Awang hendak ingatkan kementerian, rancanglah pelan masa depan. Tapi sebelum sebarang dasar diumumkan atau dilaksanakan, fikirkan masak-masak kesannya.
Jangan buat dasar yang persiapannya tak cukup lagi. Jangan buat ibu bapa pening kepala.
PdPR bukan kaedah paling ideal. Pelajar-pelajar perlukan sekolah. Mereka perlukan guru. Belajar di rumah ada batasannya.
Mereka tak boleh fokus. Sebaik-baiknya ibu bapa main peranan. Tapi ibu bapa banyak yang bekerja, terutama yang berpendapatan rendah.
Macam kes Mak Cik Kiah, dia perlu jual pisang goreng. Suaminya bawa Grab. Jadi bila masa nak pantau anak-anak belajar secara dalam talian?
Ada yang cadangkan tukar stesen TV kerajaan pada TV Pendidikan. Orang yang cadangkan itu tak pernah tengok TV Pendidikan agaknya.
Pada era ini, anak-anak sekolah tak boleh diajar dengan kaedah lama, macam guna TV Pendidikan yang ‘boring’ itu.
Anak-anak masa ini generasi YouTube, telefon pintar dan iPad. Mereka lebih suka dapat maklumat daripada internet.
Klik di sini untuk terus membaca