SEMALAM surat khabar ini bangkitkan soal Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Banyak pihak terutamanya ibu bapa risau dengan dasar baharu itu.
Apabila PKP dilanjutkan dua minggu, kebanyakan anak kita tidak boleh ke sekolah lagi.
Kementerian Pendidikan tahu lebih 30 peratus ibu bapa tak ada gajet untuk tujuan itu. Peralatan itu mahal. Bagi yang berpendapatan rendah, memang tak mampu nak beli.
Lagipun dalam sebuah rumah ada yang beberapa orang bersekolah. Jangan kata nak beli empat, sebuah laptop pun tak mampu.
Awang pernah baca di surat khabar pelan ‘Sebuah Laptop Untuk Seorang Kanak-Kanak’ (One Laptop Per Child).
Rancangan itu pernah dicuba di Afrika. Kita lebih maju daripada banyak negara Afrika. Patutnya kita sudah fikirkan hal itu.
Satu masa dulu, semasa Tan Sri Rais Yatim duduk di Kementerian Komunikasi khabarnya RM1 bilion diperuntukkan bagi komputer buku pada rakyat.
Kena tanyalah apakah sampai ke bawah? Nampaknya mana-mana projek membazir kenalah disalurkan untuk beli gajet anak-anak sekolah.
Satu masalah lagi ialah internet yang lemah. Bila Veveonah Mosibin bangkitkan hal itu dalam postingnya, ada Menteri marah.
Tapi itulah yang berlaku. Di luar bandar WiFi masih lemah. Takkan hendak suruh murid-murid panjat pokok atau naik bukit nak dapat WiFi?
Klik di sini untuk terus membaca