GOMBAK - [LAPORAN KHAS] Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesahkan ada menerima aduan berhubung kerja penambakan tanah bersebelahan Taman Villa Bestari sejak tahun 2018.
Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, projek tersebut dijalankan tanpa sebarang kelulusan atau permit daripada mana-mana agensi termasuk MPS.
Menurutnya, tindakan telah diambil sebanyak beberapa kali sejak tahun 2018 lagi termasuk pengeluaran notis dan rampasan jentera yang kali terakhir dilakukan pada November lalu.
"Tindakan lain termasuk kompaun, korek jalan serta membina halangan di laluan masuk tanah persendirian itu bagi menghentikan aktiviti tersebut.
"Aktiviti tersebut berlaku secara ‘on-off’. Apabila ada tindakan maka mereka akan berhenti dan kemudiannya sambung semula. Kita menerima maklumat, aktiviti tersebut dijalankan semula awal bulan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau memaklumkan, Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor telah ke lokasi terbabit bagi meninjau permasalahan tersebut Khamis lalu.
"MPS akan menyusun semula tindakan penguatkuasaan,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca