MERAK Jalanan tumpang gembira apabila 14 menteri dan timbalan menteri dapat gelaran Datuk Seri dan Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ini. Mengikut perkiraan Merak Jalanan, Kabinet Perdana Menteri kini terdiri... Klik di sini untuk terus membaca

MERAK Jalanan tumpang gembira apabila 14 menteri dan timbalan menteri dapat gelaran Datuk Seri dan Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Mengikut perkiraan Merak Jalanan, Kabinet Perdana Menteri kini terdiri daripada dua Tan Sri, 17 Datuk Seri dan 11 Datuk. Satu-satunya menteri yang tiada gelaran ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Walaupun ada yang kata pengurniaan pingat kepada pemimpin kerajaan ketika ini tidak sesuai ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19, namun Merak Jalanan anggap itu rezeki mereka.

Mestilah mereka telah lepasi kriteria yang ditetapkan.

Gelaran itu datang bersama tanggungjawab. Mereka perlu kerja lebih kuat daripada biasa.

Kalau tak mahu orang ramai bercakap hal-hal buruk pasal mereka, buatlah kerja elok-elok.

Paling penting, jangan ‘hilang’ ketika ada isu-isu penting berkaitan kementerian masing-masing.

Menteri sendiri kena turun padang, bukannya harapkan pegawai kerajaan selesaikan masalah rakyat.

Sembang hal gelaran ini, bukan sekali dua timbul kontroversi. Kebanyakannya berkisar tentang siapa yang lebih layak.

Ada orang tanya Merak Jalanan, mengapa Ebit Lew tak dapat Datuk? Orang macam Ebit Lew hanya ada satu dalam sejuta.

Dia lebih banyak tolong orang dan lebih besar jasanya berbanding artis itu atau ahli politik ini.

Ada yang cadangkan Ebit Lew dikurniakan Datuk Seri berbanding orang politik tertentu.

Merak Jalanan cuma kata, mungkin belum masanya Ebit Lew.

Tambahan pula bukan semua orang sanggup memikul gelaran itu apatah lagi jika sukar menjaga prestijnya.

Jagalah baik-baik title itu. Merak Jalanan malu nak laporkan Datuk, Datuk Seri terlibat jenayah, Datuk ditangkap kerana rasuah dan sebagainya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca