PORT DICKSON - [LAPORAN KHAS] Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 setahun lalu, kebanyakan industri terutamanya pelancongan dan perhotelan terjejas paling teruk. Pegawai Bahagian Pemasaran Hotel Dwharf & Service Residence, Cindy Kwan... Klik di sini untuk terus membaca

PORT DICKSON - [LAPORAN KHAS] Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 setahun lalu, kebanyakan industri terutamanya pelancongan dan perhotelan terjejas paling teruk.

Pegawai Bahagian Pemasaran Hotel Dwharf & Service Residence, Cindy Kwan berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu telah mengakibatkan hotel tersebut mengalami kerugian lebih 80 peratus.

Cindy

Katanya, tiada apa yang boleh dilakukan apabila negara dilanda bencana ini, malah terpaksa menerimanya meskipun sukar.

"Industri perhotelan dan pelancongan antara yang teruk terjejas, sejak PKP pertama sehingga ke PKP 2.0 ini kita masih terkesan.

"Pada PKP 2.0 ini, kita terpaksa tutup sementara hotel selama lebih dua minggu dan memberi cuti tanpa gaji kepada 80 pekerja,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pengunjung hotel tersebut datang dari luar Negeri Sembilan termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.

Cindy berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang keuntungan dan sukar untuk menambah pendapatan sepanjang tempoh PKP lalu sekali gus memaksa pihak pengurusan mengambil langkah drastik bagi tempoh PKP 2.0 ini.

"Meskipun hotel terpaksa beri cuti kepada semua pekerjanya, namun pihak pengurusan turut membantu pekerjanya membuat permohonan melalui Program Subsidi Upah (PSU) yang ditawarkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, semua permohonan masih dalam proses dan berharap ia segera diluluskan bagi membantu pekerja yang terjejas.

Sementara itu, Nur Fatimah Ismail, 28, memberitahu dia sudah tidak bekerja sejak November tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel di Port Dickson berkata, sejak Covid-19, hotelnya mengalami kerugian teruk, malah tidak dapat menampung kos utiliti dan bayaran lain.

Katanya, pihak pengurusan sempat membayar gaji untuk bulan Oktober walaupun hanya menerima bayaran gaji pokok tetapi dia tetap bersyukur.

"Sehingga kini pihak pengurusan belum beri apa-apa keputusan lagi, kami semua diberi cuti tanpa gaji dan ada juga kawan telah berhenti,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca