KUALA TERENGGANU - Sikap tidak sabar segelintir individu menyimbah minyak hitam dan mengumpil pintu lif yang lambat terbuka antara punca kerosakan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.
Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Terengganu, Ahmad Shah Muhamed berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kerosakan lif di PPR Padang Hiliran sehingga menyusahkan penduduk yang tinggal di situ.
"Kebanyakan kes kerosakan lif yang kita terima berpunca daripada penggunaan yang salah oleh segelintir pihak.
"Ada yang ketuk atau cuba buka sendiri jika pintu lif lambat terbuka, malah terdapat juga kes mencurah minyak hitam pada lif.
"Bagaimanapun, masalah lif rosak yang menyusahkan penduduk di sini diselesaikan apabila kita membaiki sebanyak sembilan unit lif di tiga buah blok di sini,” katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata, proses membaiki lif di PPR tersebut dilakukan secara berperingkat sejak tahun lalu dan selesai menjelang tahun ini.
Setakat ini, katanya, tiada sebarang aduan diterima berhubung kerosakan lif dan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari masa ke masa.
ARTIKEL BERKAITAN: Flat paling kotor
Kerajaan habiskan RM2 juta untuk Flat Teluk Indah
‘Batu bata pun pernah dilempar ke bawah’
Klik di sini untuk terus membaca