KUALA LUMPUR - Batu-bata, kipas dan batang besi antara barangan yang pernah dicampak dari tingkat atas di Pangsapuri Danau Kota, Setapak di sini. Itu situasi yang terpaksa dihadapi penduduk di kawasan berdensiti tinggi di perumahan 20... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Batu-bata, kipas dan batang besi antara barangan yang pernah dicampak dari tingkat atas di Pangsapuri Danau Kota, Setapak di sini.

Itu situasi yang terpaksa dihadapi penduduk di kawasan berdensiti tinggi di perumahan 20 tingkat melibatkan lima blok dengan anggaran 2,000 unit yang diduduki secara berperingkat sejak tahun 2003 dan 2006.

Meskipun tiada insiden kecederaan dilaporkan, namun sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di perumahan kos rendah itu menyebabkan kerosakan harta benda terutama kenderaan di parkir di tingkat bawah pangsapuri tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Danau Kota, Kamarulzaman Mohamad berkata, isu lempar sampah tersebut sepatutnya tidak berlaku disebabkan kemudahan tong sampah disediakan di setiap tingkat bangunan.

Kamarulzaman

"Sepatutnya penduduk perlu buang sampah sendiri ke bawah, tapi bagi memudahkan mereka, setiap tingkat disediakan tong sampah besar yang pembersihannya dilakukan kontraktor setiap hari.

"Namun, masih juga ada kes penduduk lempar sampah dari tingkat atas. Kalau isu buang sampah biasa itu memang selalu.

"Bagaimanapun, dalam dua ke tiga bulan sekali, ada juga kes besar seperti baling batu bata ke bawah dan lain-lain,” katanya sewaktu tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Khamis.

Katanya, permasalahan itu dipercayai lebih kepada sikap penduduk yang mengambil jalan mudah.

Insiden membabitkan batang besi yang dilempar ke bawah dalam kejadian Disember 2020.

"Keseluruhan kawasan perumahan yang 70 peratus diduduki oleh orang tempatan ini sering berdepan kes tertentu yang tidak mendapat kerjasama segelintir penduduk sendiri.

"Kita juga hadapi kesulitan untuk kesan pelaku, kalau dapat ditangkap boleh diambil tindakan tetapi kebanyakan kes lempar barang dari tingkat atas ini tiada saksi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Flat paling kotor

Kerajaan habiskan RM2 juta untuk Flat Teluk Indah

‘Saya ingat sampai mati’

‘Batu bata pun pernah dilempar ke bawah’

Klik di sini untuk terus membaca