KALAU mesin jelajah masa wujud pada tahun 2021, Merak Jalanan percaya ramai yang mahu kembali semula ke tahun 80-an atau 90-an. Walaupun belum wujud internet, telefon bimbit dan stesen TV berbayar, Merak Jalanan percaya ramai rindukan... Klik di sini untuk terus membaca

KALAU mesin jelajah masa wujud pada tahun 2021, Merak Jalanan percaya ramai yang mahu kembali semula ke tahun 80-an atau 90-an.

Walaupun belum wujud internet, telefon bimbit dan stesen TV berbayar, Merak Jalanan percaya ramai rindukan kehidupan simple seperti itu.

Tetapi itu sekadar angan-angan. Mustahil mesin jelajah masa seperti dalam filem Back To The Future boleh dicipta, bahkan tidak tercapai dek akal bahawa manusia boleh pergi ke zaman dahulu atau akan datang.

Merak Jalanan teringat pasal mesin jelajah masa ini selepas semalam rakan Merak Jalanan merungut tidak dapat pulang ke kampungnya di pantai timur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Alangkah baiknya kalau dapat balik kembali ke zaman dulu, tidak ada Covid-19, bebas ke sana ke sini. Anak-anak juga gembira dapat pergi sekolah,” katanya.

Betulkah zaman dahulu lebih seronok berbanding sekarang?

Baru-baru ini Merak Jalanan terjumpa satu kumpulan FB dinamakan ‘Malaysia Dulu-Dulu Official᾿ yang menarik hampir setengah juta ahli sejak ditubuhkan pada Jun 2020.

Merak Jalanan seronok juga baca posting menggambarkan suasana Malaysia pada zaman dahulu. Banyak komen mendakwa hidup di zaman 80-an dan 90-an lebih seronok berbanding tahun 2021.

Tak kisahlah jika ramai rasakan zaman dahulu lebih seronok. Itu pendapat masing-masing.

Walaupun keadaan politik dan ekonomi tidak sebaik dahulu, kita kena teruskan ke hadapan, bukan patah ke belakang.Tunggu 30 tahun lagi, mungkin kita rasa tahun 2021 lebih menyeronokkan berbanding zaman itu.

Betul ke tidak, tak pastilah sebab mesin jelajah masa belum wujud lagi ketika ini untuk Merak Jalanan jenguk sekejap ke tahun 2051.

Klik di sini untuk terus membaca