KUALA LUMPUR - Isu sampah ‘terbang’ lebih kritikal di kawasan rumah kedai yang dijadikan penempatan atau hostel untuk pekerja asing berbanding pangsapuri.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Mohd Zahir Shari berkata, lorong di Jalan Baba, Pudu antara lokasi hotspot yang dikenal pasti kepada permasalahan itu.
Menurutnya, kempen kesedaran Hentikan Sampah Terbang telah dilaksanakan secara berterusan menerusi edaran risalah dan poster pelbagai bahasa (asing) dari pintu ke pintu bagi tujuan mengatasi masalah itu.
"Dari segi penglibatan bersama komuniti dan makluman diteruskan dari masa ke masa, kita tak boleh hentikan kempen itu.
"Pada masa sama, kerja pembersihan dilakukan dan cuba diselesaikan sebelum jam 8 pagi bagi mengelak kawasan itu dalam keadaan tidak terurus,” katanya mengulas isu sampah ‘terbang’ di Kuala Lumpur.
Kata beliau, dari segi penguatkuasaan pihaknya dalam cadangan merangka operasi bersepadu bersama imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di lokasi hotspot yang dikenal pasti.
"Kebanyakan yang ‘membuat’ sampah di Jalan Baba ialah warga asing yang tinggal di hostel di atas rumah kedai kawasan tersebut.
"Jadi kita sedang aturkan penglibatan imigresen bagi penguatkuasaan terhadap warga asing dan DBKL untuk kompaun.
"Pihak SWCorp tidak boleh mengeluarkan sebarang kompaun secara terus, kita akan gunakan peruntukan bersesuaian,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca