MERAK Jalanan bimbang apabila mengetahui sebahagian besar daripada 2.4 juta kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia dikaitkan dengan obesiti dan penyakit berkaitan. Kajian menunjukkan masalah obesiti menyebabkan penghidapnya berdepan... Klik di sini untuk terus membaca

MERAK Jalanan bimbang apabila mengetahui sebahagian besar daripada 2.4 juta kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia dikaitkan dengan obesiti dan penyakit berkaitan.

Kajian menunjukkan masalah obesiti menyebabkan penghidapnya berdepan risiko komplikasi jangkitan kuman berlipat kali ganda.

Disebabkan orang gemuk rapuh terhadap ancaman Covid-19, banyak kempen menurunkan berat badan dijalankan.

Menjadi lebih kurus bermakna sistem pertahanan tubuh menjadi lebih kuat. Meskipun dijangkiti, peluang untuk sembuh adalah tinggi.

Tahun lalu, selepas sembuh daripada jangkitan Covid-19, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson nekad untuk menurunkan berat badan.

Setelah keluar dari ICU, Johnson mula memperbaiki gaya hidupnya dengan berlari setiap pagi.

Kata beliau, menurunkan berat badan itu susah, tetapi jika kita semua melakukannya, kita dapat mengurangi risiko kesihatan dan melindungi diri daripada koronavirus.

Bercakap tentang kempen menurunkan berat badan, Merak Jalanan kagum dengan penampilan bak model seorang menteri wanita baru-baru ini.

Ramai yang memujinya semakin kurus dan bergaya, namun tak kurang yang kurang senang kononnya menteri berkenaan lebih sibuk menonjolkan imej baharunya berbanding menjalankan tugas sebagai menteri.

Bagi Merak Jalanan, tak salah jadi kurus dan bergaya, tapi tak manis seorang menteri tayang diri berbusana sana sini ketika rakyat sedang susah akibat Covid-19.

Menteri patut menjadi frontliner melawan wabak, bukan leka menghiasi frontpage majalah atau portal berita.

Seperti Boris Johnson, gunakan kejayaan itu untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang betapa pentingnya menurunkan berat badan sebagai senjata menentang koronavirus.

Klik di sini untuk terus membaca