KESIAN juga tengok seorang menteri yang teruk dikecam dalam media sosial. Puncanya beberapa foto beliau yang nampak ramping, cantik dan berposing dipos di media sosial. Ada juga foto yang tunjukkan beliau sedang dihias.
Alhamdulillah, nampak ‘slim’ menteri berkenaan. Dalam Kabinet Abah memang terdapat beberapa orang menteri wanita yang cantik.Tak payahlah Awang sebut nama-nama mereka.
Untunglah mereka yang berada pada kedudukan tinggi tapi tetap jaga kejelitaan masing-masing.
Tapi rakyat mahu mereka bekerja kuat. Berjasa pada rakyat. Lebih-lebih lagi pada masa kita diancam pandemik Covid-19.
Netizen berpendapat, ini bukan masanya hendak berhias dan foto dipos di media sosial.
Menteri yang berkenaan jaga wanita, keluarga dan kanak-kanak. Banyak sangat masalah dihadapi oleh kaum wanita pada masa ini.
Dalam keadaan wabak sekarang, ibu tunggal terpaksa bekerja keras. Isteri pula terpaksa buat kerja extra, kata orang, sebab anak-anak berada di rumah. Ada yang terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Ada pula kes gangguan seksual babitkan wanita. Dalam kes terbaharu, ada laporan mengenai anggota polis yang dikatakan buat begitu. Itu masalah serius. Pihak polis pun dah segera ambil tindakan.
Tapi netizen pelik mengapa menteri berkenaan senyap sepi beberapa hari. Riuh rendahlah satu Malaysia orang bertanya di mana menteri bertanggungjawab.
Hendak berhias tak salah, tapi jangan sampai ada persepsi tugas hakiki terabai.
Klik di sini untuk terus membaca