AWANG nak ucap tahniah pada Tan Sri Perdana Menteri yang melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan 2030. Rakyat kita memang ada masalah perpaduan. Tak macam dulu, nampaknya semangat muhibah dan toleransi dalam... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG nak ucap tahniah pada Tan Sri Perdana Menteri yang melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan 2030. Rakyat kita memang ada masalah perpaduan.

Tak macam dulu, nampaknya semangat muhibah dan toleransi dalam kalangan rakyat pelbagai kaum makin menipis.

Tak payah buat kajian nak buktikan semua itu. Depan mata kita boleh lihat. Malaysia tak macam dulu. Banyak sebab mengapa hal itu berlaku.

Mungkin sebabnya daripada kecil anak-anak kita tak pergi ke sekolah yang sama. Hubungan baik antara kaum patutnya mula daripada sekolah. Baru boleh faham budaya satu sama lain.

Tapi Awang salahkan politik dan orang politik. Banyak parti politik kita asasnya kaum. Jadi masing-masing nak jadi juara kaum tertentu. Mereka mainkan sentimen kaum.

Baguslah kata Tan Sri Perdana Menteri 'kita semua ejen perpaduan'. Dalam kerajaan sekarang pun komposisi ahli Kabinet tak pancarkan keadaan kaum.

Ini bukan kali pertama soal perpaduan dibangkitkan. Awang teringat kerajaan Bossku Tuk Seri Najib bentuk Majlis Konsultasi Perpaduan Negara atau NUCC.

Awang dengar banyak cadangan daripada Majlis itu. Tapi macam biasalah, kita buat majlis perundingan, setelah belanja banyak dan habis masa bermesyuarat dan jumpa parti politik, NGO dan orang ramai, lupakan sahaja hasilnya.

Lain masa buat lagi suruhanjaya, majlis dan badan.

Klik di sini untuk terus membaca