AWANG nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah pada dua orang manusia. Yang pertama, warga emas Salman Ahmad, 65 tahun, Awang nak ucapkan syabas pada beliau yang menduduki SPM untuk kali pertama. Awang tersentuh dengan semangat... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah pada dua orang manusia.

Yang pertama, warga emas Salman Ahmad, 65 tahun, Awang nak ucapkan syabas pada beliau yang menduduki SPM untuk kali pertama. Awang tersentuh dengan semangat beliau.

Beliau tak rasa malu ambil peperiksaan itu bersama orang lain yang jauh lebih muda. Beliau ialah salah seorang daripada 645 calon persendirian di Negeri Sembilan.

Kata Salman, beliau mahu menunjukkan bahawa mencari ilmu tiada akhirnya.

Awang juga nak ucapkan tahniah pada Cikgu Rafidah Rahmat yang mulanya teruk dikecam di media sosial kerana sebutan bahasa Inggerisnya.

Beliau ditunjukkan dalam DidikTV bercakap bahasa Inggeris untuk mengajar Sains. Banyaklah kelemahan sebutan dalam video yang panjangnya 88 saat itu.

Guru muda itu cepat-cepat muncul dalam Facebook untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf. Akuinya, beliau sedar kelemahannya dan bersedia menerima teguran.

Akibat tindakan itu, banyaklah netizen yang memujinya. Mereka memberikan beliau perangsang untuk membaiki diri. Begitulah sepatutnya yang dibuat.

Pada pendapat Awang, kesalahan beliau menyebut perkataan Inggeris bukan bermakna beliau bukan guru yang baik. Apa yang perlu masa ini ialah kawalan kualiti video untuk DidikTV.

Kesian para guru terpaksa menyediakan bahan dan muncul di DidikTV dengan risiko dikecam.

Awang harap orang Kementerian Pendidikan ambil iktibar.

Klik di sini untuk terus membaca