PORTAL berita Malaysiakini telah didenda RM500,000 kerana menghina mahkamah. Keputusan mahkamah itu dibuat dengan majoriti 6-1, dengan seorang hakim menentang.
Hakim Tan Sri Rohana Yusuf sewaktu membacakan penghakimannya menyebutkan bahawa portal itu sepatutnya mengambil langkah awal bagi mengawal penyebaran komen-komen yang dianggap menghina itu.
Mahkamah telah mengarahkan portal itu membayar denda RM500,000, lebih banyak daripada yang dicadangkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan (RM200,000).
Portal itu telah membawa kes tersebut pada pembaca dan rakyat Malaysia.
Dalam masa hanya beberapa jam, mereka berjaya memungut jumlah denda dari sumbangan orang ramai.
Pada pendapat Awang, pengajaran utama daripada kes ini ialah tidak ada portal berita atau penerbitan yang boleh berselindung di sebalik ‘komen’ daripada pembaca.
Editor harus bertanggungjawab pada apa yang tersiar. Walaupun portal itu sudah menarik balik komen berkenaan dan meminta maaf, itu bukan bererti tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka.
Hal itu juga boleh berlaku pada media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya. Ada macam-macam komen yang tak bertanggungjawab yang dimuatkan.
Awang percaya ‘kebebasan’ untuk hina dan kecam sesiapa sahaja selalunya tak difahami oleh pengguna.
Klik di sini untuk terus membaca