ISU warga asing bebas buka kedai dan berniaga sampai bila pun mungkin tidak akan selesai. Baru-baru ini Merak Jalanan saja pusing-pusing naik motosikal di Kampung Baru Sungai Buloh.
Pusing punya pusing, Merak Jalanan nampak masih banyak lagi kedai runcit termasuk kedai jual barang basah seperti ikan, sayur, daging lembu segar, taukenye adalah warga Bangladesh.
Ingatkan bila dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, depa takut nak berniaga, rupa-rupanya perniagaan mereka macam biasa, malah cukup sesak dengan pelanggan pada waktu pagi.
Masalahnya dalam ramai-ramai warga Bangladesh yang datang membeli, masih ada warga tempatan kita yang menyokong kedai bangsa berkenaan dengan alasan barang yang dijual murah.
Inilah yang paling Merak Jalanan tak boleh terima. Dulu semua kecam salahkan kerajaan, konon tak ambil tindakan terhadap warga asing tetapi dalam hal ini pergi beli barang dapur kat kedai Bangladesh sebab murah, tak salah?
Samalah juga isu marah dengan warga Rohingya ceroboh masuk ke dalam negara tetapi bila mereka datang minta sedekah, kita layankan. Tidak mengapa, sedekah katanya, sebab itu berkapal-kapal orang Rohingya nak masuk Malaysia sebab orang Malaysia pemurah.
Isu sedekah ini sebenarnya subjektif tetapi sebelum sedekah kat warga asing, baik kita sedekah duit kita kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua yang amat memerlukan sumbangan untuk meneruskan operasi.
Perasankah kita, impak daripada sedekah RM1 yang kita tak kisah itu sebenarnya yang menyebabkan Kampong Bharu di Kuala Lumpur penuh dengan pengemis warga asing.
Masakan tidak, dalam tempoh satu jam Merak Jalanan makan di sebuah restoran, tidak kurang enam orang warga asing datang mintak sedekah. Jadi fikir-fikirkanlah..
Klik di sini untuk terus membaca