JOHOR BAHRU - [LAPORAN KHAS] Jumlah gelandangan di bandar raya ini dilihat semakin meningkat berikutan penularan Covid-19 menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilakukan sejak 13 Januari lalu. Yang Dipertua Persatuan... Klik di sini untuk terus membaca

JOHOR BAHRU - [LAPORAN KHAS] Jumlah gelandangan di bandar raya ini dilihat semakin meningkat berikutan penularan Covid-19 menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilakukan sejak 13 Januari lalu.

Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Masyarakat Insani Kasih Johor Bahru (I-Kasih), Zuraini Tahir mengakui bilangan gelandangan bertambah ketika PKP 2.0 berbanding PKP pertama yang dilaksanakan pada bulan Mac tahun lepas.

Katanya, pada PKP pertama pihaknya mengenal pasti terdapat sekitar 40 hingga 60 gelandangan termasuk pengambil makanan mengambil agihan makanan yang disediakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) di sekitar bandaraya Johor Bahru.

"Persatuan I-Kasih merupakan NGO sukarela yang menyelaras pengagihan makanan untuk gelandangan bandar raya ini. Memang bertambah bilangan gelandangan dan pengambil makanan ketika PKP 2.0 kerana didapati lebih ramai yang tiada kerja.

"Pada masa kini mengikut statistik, kami sudah berikan 250 kad di mana kad terbabit menunjukkan gelandangan telah didaftarkan bagi memudahkan agihan makanan dan bantuan lain diberikan kepada mereka," katanya ketika ditemui baru- baru ini.

Menurut Zuraini, tidak hanya gelandangan tetapi makanan yang disediakan oleh golongan pengambil makanan yang ada di antara mereka ini berusia awal 20-an hingga 40-an.

Zuraini

"Saya pernah tanya golongan yang ambil makanan di sini. Ada yang beritahu makanan itu akan dibawa pulang. Mereka beritahu mereka tiada wang untuk beli makanan disebabkan hilang pekerjaan.

"Sebagai contoh mereka ada RM5, anak pula ada di rumah. Bagaimana hendak beli makanan dan mengisi minyak motosikal dengan nilai sebegitu. Jadi mereka ambil makanan di sini dan bawa pulang," katanya.

Tambah Zuraini, terdapat segelintir gelandangan yang masih menunggu pintu sempadan darat Malaysia- Singapura dibuka semula bagi membolehkan mereka bekerja di republik itu semua.

"Ada juga gelandangan yang setia menanti Tambak Johor dibuka. Mereka ini pernah bekerja di Singapura yang memberikan gaji lebih tinggi.

"Sekarang ini keadaannya berbeza, mereka tidak tahan menyebabkan mereka tidak mampu. Oleh itu mereka datang ke sini untuk mengambil makanan yang disediakan," katanya.

Ditanya mengenai agihan makanan yang dilakukan, Zuraini berkata, dalam tempoh PKP 2.0 ketika ini, pihaknya mengagihkan makanan bermula jam 11.30 tengah hari sehingga jam 8 malam setiap hari.

Jelas beliau, agihan makanan terbabit dilakukan di sebuah khemah khas yang disediakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Persiaran Tun Sri Lanang, Jalan Ibrahim.

"Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan individu, syarikat dan NGO gang mahu menyumbang makanan mahupun kit penjagaan diri bagi gelandangan dan pengambil makanan di bandar raya ini," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca