FRASA 'beras kita beli' nampaknya mencetuskan satu fenomena dalam media sosial sejak akhir-akhir ini. Ini kerana ada pihak mula mempersoalkan tentang kewajaran untuk menyebut frasa itu berulang kali yang dikatakan tidak selari pada sudut... Klik di sini untuk terus membaca

FRASA 'beras kita beli' nampaknya mencetuskan satu fenomena dalam media sosial sejak akhir-akhir ini.

Ini kerana ada pihak mula mempersoalkan tentang kewajaran untuk menyebut frasa itu berulang kali yang dikatakan tidak selari pada sudut pandang agama.

Merak Jalanan tidak mahulah untuk mengulas panjang lebar tentang perkara itu dengan mendalam.

Tetapi sebenarnya asal usul frasa itu hanyalah sekadar gurauan dalam 'group WhatsApp' sahaja.

Ia dicetuskan oleh individu yang ingin menonjolkan kejantanan sebagai seorang suami yang tidak takut dan tunduk kepada isteri.

Frasa tersebut menggambarkan bahawa beras yang menjadi makanan ruji bagi rakyat Malaysia itu sebagai simbol penting dalam keluarga.

Membeli beras bermaksud suami bertanggungjawab mencari rezeki dalam keluarga dan memastikan segala keperluan mencukupi.

Oleh yang demikian, suami mempunyai kuasa besar untuk membuat keputusan-keputusan besar dan penting dalam keluarga walaupun si isteri mungkin tidak bersetuju dan melarang.

Sebagai contoh, apabila ada kawan yang mencabar seseorang untuk keluar memancing tetapi yakin individu itu tidak mempunyai sebarang keberanian untuk meminta izin daripada si isteri, maka mereka akan menggunakan frasa 'beras kita beli'.

Sesungguhnya, ini semua hanyalah gurauan dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

Mungkin bagi sesetengah pihak mereka memandang semua perkara dalam dunia ini terlalu serius.

Tetapi jika mereka mengetahui tentang asal usul sesuatu perkara itu, mungkin mereka faham bahawa ia hanyalah gurauan semata-mata.

Klik di sini untuk terus membaca