AWANG dapat berita bahawa jumlah mereka yang berdaftar untuk dapatkan vaksin Covid-19 masih rendah. Ini diakui sendiri oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Kata Khairy, hanya 6.1 peratus rakyat Malaysia yang sudah mendaftar setakat ini. Kerajaan sasarkan 80 peratus rakyat dapat vaksin itu menjelang tahun depan.
Khairy kenalah tanya mengapa hal itu berlaku. Awang harap beliau dah tengok aplikasi untuk pendaftaran itu dalam talian. Sasaran utama tentulah warga emas.
Oleh sebab itu patutnya pendaftaran dalam MySejahtera dibuat dengan cara paling ringkas. Gunakanlah ayat-ayat mudah dan cara mengisi pun mudah.
Awang dapat khabar banyak warga emas terpaksa minta tolong anak cucu nak isi pendaftaran dalam MySejahtera
Bagi yang tak ada telefon pintar kena pula mendaftar di klinik-kilnik kerajaan atau di tempat-tempat tertentu. Khairy dah tengokkah kemudahan untuk mendaftar di tempat-tempat itu?
Kata beliau rakyat ambil sikap "tunggu dan lihat.” Mungkin juga betul. Tapi kat luar tu ada macam-macam perbahasan pasal vaksin yang nak diberikan. Macam-macam khabar angin tersebar. Macam-macam cerita pasal buruk baik vaksin itu.
Kerajaan nampaknya gagal bagi maklumat yang betul pada rakyat. Jangan kata orang tua, yang muda pun takut nak disuntik. Ada juga kalangan petugas barisan depan yang bercakap sama sendiri tak mahu vaksin itu. Dalam keadaan begitu haru biru dibuatnya.
Ada pulak cerita orang-orang tertentu yang potong barisan atau Q. Mereka kononnya dapat keistimewaan oleh sebab kaitan atau kabel. Awang harap khabar ini tak betul.
Janganlah buat rakyat tambah marah dengan berita seperti ini. Awang harap hal ini sekadar khabar nakal semata-mata.
Klik di sini untuk terus membaca