BILA bercakap tentang tangan yang menghulurkan bantuan tanpa mahu tangan kiri tahu apa yang diberikan, Belalang pun teringatkan pula tentang tangan yang mendidik. Sudah tentulah kita sedang bercakap tentang guru. Siapa yang tidak kenangkan... Klik di sini untuk terus membaca

BILA bercakap tentang tangan yang menghulurkan bantuan tanpa mahu tangan kiri tahu apa yang diberikan, Belalang pun teringatkan pula tentang tangan yang mendidik.

Sudah tentulah kita sedang bercakap tentang guru. Siapa yang tidak kenangkan jasa seorang guru. Belalang kerap bermain di padang dan padang sekolah adalah sebahagian daripada medan permainan Belalang.

Belalang menyaksikan sendiri dengan mata Belalang bagaimana pengorbanan seorang guru.

Belalang tahu akan satu kisah bagaimana seorang guru yang berjaya memberikan keyakinan diri kepada anak muridnya yang berhadapan dengan isu tidak percaya kepada kebolehan dirinya. Pelajar ini hampir menyerah kalah.

Tapi guru ini tidak pernah letih memberikan nasihat serta dorongan sehinggalah pelajarnya itu berjaya memasuki Sekolah Berasrama Penuh dan sejak itu mereka terpisah tidak lagi bertemu dan bersua muka.

Selepas beberapa tahun kemudiannya, setelah tamat belajar, pelajar ini kembali ke kampung halamannya dan mencari bekas gurunya itu sehingga dapat.

Dan di saat mereka bertemu mereka berpelukan dan menangis. Pelajar itu kini seorang jurutera yang berjaya malah lulus dengan cemerlang sebagai graduan kejuruteraan dari sebuah universiti terkemuka Australia.

Cikgu itu adalah cikgu sekolah kampung sahaja tapi jasanya kepada murid-muridnya lebih tinggi dari Gunung Everest.

Belalang - Jasa guru besar Belalang, Dr RD Naidu sentiasa tersemat di hati.

Klik di sini untuk terus membaca