MERAK Jalanan tidak menyangka gurun Sahara di Afrika yang sebelum ini terkenal dengan cuaca panas terik dan kering boleh bertukar menjadi kawasan yang diliputi salji.
Seorang ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan berkenaan namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Menurut Eric, pakar membuat kajian mengenai jumlah hujan di Gurun Sahara dan mendapati ada perubahan yang penting dalam tempoh lebih satu abad lalu disebabkan perubahan iklim.
Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca.
Begitu juga dengan Arab Saudi yang sebelum ini panas terik dan berdebu diliputi ais dengan suhu serendah -2 darjah Celsius.
Unta-unta yang sudah biasa dengan cuaca panas terik terpaksa berdepan dengan suhu sejuk melampau. Semoga haiwan yang secara azalinya hidup dengan cuaca panas mampu bertahan dengan perubahan cuaca tersebut.
Di Malaysia, Merak Jalanan dapat rasakan satu keadaan apabila keadaan cuaca yang tidak menentu. Sekejap panas dan kemudian hujan turun dengan lebatnya hingga banjir sana sini.
Mungkin belum tahap turunnya salji tapi dengan perubahan iklim yang drastik, segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Apa yang Merak Jalanan dapat rumuskan ialah bumi kita sudah tua dan tidak lagi sihat.
Disebabkan tangan-tangan manusia yang melakukan pelbagai kerosakan, pencemaran dan kemusnahan, kita dapat saksikan bumi sedang menunjukkan tanda-tandanya keuzurannya.
Oleh itu, Merak Jalanan berharap kita semua dapat memainkan peranan untuk menjaga bumi kita dengan menjaga sumber alam dengan sebaiknya kerana tanpa sikap ambil berat, kesan besarnya akan terpaksa kita tanggung selama-lamanya.
Klik di sini untuk terus membaca