AWANG dengar juga khabar angin pasal ada gerakan nak singkirkan ‘kluster mahkamah’ dalam UMNO. Dengarnya ada mesyuarat tertutup di kalangan pimpinan parti untuk keluarkan kumpulan ini.
Mereka terdiri daripada beberapa orang pemimpin tertinggi parti yang sedang menghadapi kes mahkamah.
Kumpulan yang mahu menolak mereka menganggap kluster ini jadi beban atau liabiliti bagi parti. Lagi pun mereka dianggap bertanggungjawab menyebabkan UMNO dan BN kalah dalam pilihan raya yang lepas.
Sekiranya kluster ini kekal mereka akan memberikan nama buruk pada UMNO. Orang tak mengundi UMNO dan BN oleh sebab mereka masih memimpin UMNO.
Banyak yang berpendapat UMNO ada peluang yang baik dalam pilihan raya akan datang. Orang Melayu dah maafkan UMNO. Tapi syaratnya kluster ini mesti berundur.
Melihat keadaan hari ini mereka nampaknya mahu bertahan. Nak terus pegang jawatan. Merekalah yang paling kuat menolak kerjasama dengan Bersatu, sedangkan UMNO dibawa masuk kerajaan oleh Bersatu.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kata macam-macam cara musuh UMNO nak musnahkan parti itu. Dia kata mereka gunakan ‘pisau, pen dan buku cek.’ Tapi jangan lupa, UMNO akan rosak teruk tanpa perlu orang luar guna semua itu.
Pemimpin UMNO sendiri tak tunjuk contoh yang baik. Jikalau mereka yang terbabit dalam kes mahkamah masih mahu berkuasa, apa kata rakyat? Mungkin pembersihan itu harus digerakkan oleh Pemuda UMNO sendiri.
Klik di sini untuk terus membaca