KUALA TERENGANU - Seorang penghantar makanan mengakui tempoh singkat diberikan menyebabkan memaksa mereka menunggang motosikal dengan laju bagi memastikan barangan ditempah pelanggan sampai tepat pada masanya. Wan Mohd Affandi Wan Ahmad,... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA TERENGANU - Seorang penghantar makanan mengakui tempoh singkat diberikan menyebabkan memaksa mereka menunggang motosikal dengan laju bagi memastikan barangan ditempah pelanggan sampai tepat pada masanya.

Wan Mohd Affandi Wan Ahmad, 33, berkata, kebanyakan daripada mereka biasanya memecut laju untuk ambil barangan yang sudah dipesan daripada vendor makanan.

"Biasanya rider akan bawa motosikal laju sikit ketika mahu ambil makanan daripada vendor.

"Kita akan lebih berhati-hati apabila membawa bersama barangan yang ditempah pelanggan.

"Secara jujur, saya sendiri pun pernah bawa laju hingga terpaksa langgar lampu merah sebab perlu menghantar tempahan agak jauh iaitu kira-kira 11 kilometer (km) dalam masa 15 minit,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Wan Mohd Affandi memberitahu, kebanyakan penghantar makanan perlu tiba di lokasi dengan cepat bagi mengelak kehilangan tempahan daripada pelanggan.

Katanya, penghantar makanan yang sampai lambat berisiko hilang order dan dalam masa yang sama mereka perlu menjaga batch untuk tentukan bayaran yang diterima.

"Kebanyakan penghantar makanan akan kejar untuk dapatkan batch 1, 2 dan 3 kerana bayaran bagi batch 3 (RM4.50), batch 2 (RM6) dan batch 1 (RM7).

"Misalnya apabila seseorang penghantar makanan berada dalam batch 1, 2, atau tiga, mereka berpotensi untuk menjadi pilihan utama bagi satu-satu tempahan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca