SHAH ALAM - Sebilangan penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan terpaksa melanggar lampu isyarat berkemungkinan kerana faktor cuaca.
Menurut seorang penghantar makanan sambilan, Wan Loqman Wan Kamarudin, 25, tindakan itu juga mungkin dipengaruhi cubaan penghantar makanan terbabit mengejar tempahan pelanggan.
"Cuaca pada setiap hari tidak semestinya baik dan ada kalanya hujan. Jadi mungkin rider itu terpaksa langgar (lampu isyarat) setelah mendapati keadaan selamat.
"Dalam satu keadaan lagi, mungkin mereka terlalu mengejar tempahan yang ingin dihantar kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Loqman turut mengingatkan agar semua penghantar makanan menitik beratkan aspek keselamatan sewaktu menjalankan tugas.
Katanya, menunggang motosikal secara melulu bukan sahaja mengundang risiko bahaya, malah menyebabkan tempahan pelanggan rosak.
Klik di sini untuk terus membaca