MALAYSIA kini sudah mempunyai dua jenis vaksin untuk dibekalkan kepada rakyat. Vaksin pertama, Pfizer-BioNTech ciptaan Amerika Syarikat dan kedua, Sinovac daripada China. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin kerajaan... Klik di sini untuk terus membaca

MALAYSIA kini sudah mempunyai dua jenis vaksin untuk dibekalkan kepada rakyat. Vaksin pertama, Pfizer-BioNTech ciptaan Amerika Syarikat dan kedua, Sinovac daripada China.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin kerajaan dan frontliners antara yang terawal menerima suntikan Pfizer-BioNtech.

Sehingga hari ini, tidak ada seorang penerima vaksin itu mengadu tidak sihat atau mengidap sebarang kesan sampingan.

Vaksin Sinovac pula tidak kurang hebatnya lebih-lebih lagi menerima sokongan hebat daripada Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).

KJ menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Sinovac. Beliau bukan menolak vaksin Pfizer-BioNTech, sebaliknya mahu meyakinkan rakyat jelata bahawa vaksin dari China itu juga selamat seperti Pfizer-BioNTech.

Menariknya, KJ mengakui selepas disuntik vaksin Sinovac, pertuturan bahasa Mandarinnya sudah semakin baik berbanding sebelumnya!

Kata-katanya itu sudah tentu sekadar gurauan. Mesej sebenarnya adalah ingin menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan vaksin dan bebas daripada Covid-19.

Vaksin manakah yang anda inginkan? Pfizer-BioNTech atau Sinovac? Percayalah, kedua-dua vaksin ini adalah selamat. Apakah ada lagi yang masih takut dan was-was akan keberkesanan kedua-dua jenis vaksin itu?

Kerajaan telah berusaha menyekat penularan Covid-19, termasuk membeli dua jenis vaksin daripada dua buah negara yang berbeza.

Setakat semalam, seramai 413,255 orang dari seluruh negara telah menerima suntikan dos pertama dan kedua.

Kita yakin boleh menang berperang dengan Covid-19 ini. Asalkan seluruh rakyat jelata bersatu serta mendapatkan vaksin secepat mungkin. Kita pasti akan kembali jalani hidup seperti biasa.

Klik di sini untuk terus membaca