JITRA - [LAPORAN KHAS] "Saya dah letih nak tegur pelanggan,” kata seorang pengusaha kedai makan yang hanya mahu dikenali Amran.
Katanya, Unit Inspektorat dan Perundangan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah kerap melakukan pemantauan dari masa ke masa di kedai makan dan restoran untuk memastikan larangan merokok dipatuhi.
"Kalau yang datang dengan keluarga jarang yang merokok. Mereka akan keluar dari kedai jika mahu berbuat demikian,” katanya.
Amran berkata, sebagai pengusaha kedai makanan, beliau selalu menegur pelanggannya jika ada yang merokok dan meminta mereka menghisap rokok di luar kedai.
"Bila ada yang merokok di dalam kedai memang akan memberikan rasa tidak selesa kepada pelanggan lain. Ini yang selalu memberi masalah kepada kami,” katanya.
Katanya, pelanggan diharap dapat memberikan kerjasama dan mematuhi larangan tidak merokok di tempat awam seperti kedai makan agar tidak mendatangkan masalah seperti dikompaun kelak.
Klik di sini untuk terus membaca