KEWUJUDAN syarikat e-hailing seperti Grab memang sangat membantu dan memudahkan pergerakan terutama di kawasan yang tidak mempunyai pengangkutan awam. Hari ini Merak Jalanan nak cerita pasal pemandu Grab. Selalunya memang tidak pernah ada... Klik di sini untuk terus membaca

KEWUJUDAN syarikat e-hailing seperti Grab memang sangat membantu dan memudahkan pergerakan terutama di kawasan yang tidak mempunyai pengangkutan awam.

Hari ini Merak Jalanan nak cerita pasal pemandu Grab. Selalunya memang tidak pernah ada masalah tetapi Merak Jalanan tidak bernasib baik dengan pemandu Grab yang satu ini.

Semalam Merak Jalanan menghantar kereta ke bengkel untuk dibaiki. Biasanya Merak jalanan tak tunggu. Baik pulang ke rumah saja daripada menunggu siap. Jadi Merak Jalanan pun panggil Grab.

Apa yang dikesalkan adalah perkhidmatan oleh pemandu itu tidak berapa cantik, tidak mengikut polisi yang ditetapkan oleh Grab.

Sudahlah kereta tidak berapa bersih, baunya pula kurang menyenangkan, malah pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik. Cara pemanduannya juga agak tidak berhemah. Bila bonggol, dia langsung tidak memperlahankan kenderaan. Lebih malang, pemandu itu tidak berhenti di tempat yang sepatutnya bila sampai ke destinasi.

Jika seorang itu bekerja sebagai pemberi perkhidmatan, mereka mestilah perlu bersedia menawarkan khidmat yang terbaik kepada pelanggan.

Barulah pelanggan akan puas hati dan merasakan berbaloi dengan nilai wang yang dibayar.

Malah, pelanggan juga tidak keberatan memberi tip dan markah penuh kepada pemandu seperti mana yang terdapat dalam aplikasi Grab.

Berbalik cerita tadi, Merak Jalanan tetap bersangka baik. Mungkin pemandu itu ada masalah tersendiri yang menyebabkan dia gagal memberi khidmat dengan baik.

Tetapi apabila melihat penilaian keseluruhan pemandu berkenaan dalam aplikasi Grab, ternyata rankingnya sangat rendah.

Merak Jalanan rasa, pemandu Grab itu perlu bertukar kerjaya yang lebih sesuai dengan dirinya.

Dia tak layak terlibat dengan industri yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan atau orang ramai!

Klik di sini untuk terus membaca