SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak mahu membuat kenyataan berhubung dakwaan beliau cuba membuat gerakan menjatuhkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti pada tahun lalu.
Beliau sebaliknya mahu perkara berkenaan ditanyakan kembali kepada Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung dakwaan dibuat Pengerusi UMNO Perlis itu.
"Apa cerita ini? Macam-macam Shahidan buat cerita ini. Cuba tanya dialah, saya tak ada apa-apa nak cakap.
"Ceritalah benda-benda yang bagus. Cerita yang tidak menguntungkan apa-apa benda, hentikanlah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan Shahidan mendakwa Tajuddin cuba membuat gerakan menjatuhkan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO pada tahun lalu.
Shahidan mendakwa, usaha itu menerusi langkah mengumpul tandatangan lebih 80 ketua UMNO bahagian untuk menggugat jawatan Ahmad Zahid.
Mendakwa pertemuan itu berlaku sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Shahidan berkata, Tajuddin bertindak sedemikian kerana tidak puas hati tidak diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menganggap Ahmad Zahid sebagai Presiden yang lemah.
Klik di sini untuk terus membaca