AWANG setuju sangat dengan pandangan yang bagaikan dah jadi arus perdana dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO-Presiden UMNO harus buat pengorbanan.
Tuk Seri Zahid kena ikut nasihat dalam sebuah lagu P Ramlee yang terkenal, ‘berkorban apa saja.’ Kalau Tuk Seri Zahid sayangkan UMNO, maka dia perlu berkorban apa saja.
Begitulah nampaknya pandangan dikemukakan sesetengah pemimpin UMNO, veteran UMNO dan pemerhati politik. Ada yang terang-terang kata Tuk Seri Zahid dah jadi liabiliti. Beliau ada puluhan kes mahkamah. Ada yang kata beliau banyak buat silap setakat ini.
UMNO lebih retak selepas perhimpunan Agung yang baru lalu. Beliau juga buat pemimpin dan ahli Pas gelisah. Pada peringkat akar umbi Pas, dah terdengar suara desak Pas fikir semula hubungan dengan UMNO.
Betulkah Tuk Seri Zahid pegang prinsip No Anwar, No DAP? Kalau ikut Tan Sri Annuar Musa memang sah Tuk Seri Zahid tulis surat sokong Tuk Seri Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuk Seri Anwar pun terang-terang kata ada perundingan dengan UMNO, siapa yang wakili UMNO atau siapa beri mandat? Awang pernah dengar cerita pasal orang besar kerajaan Rom dulu yang kata bukanlah dia tak sayang pemimpin tertentu tapi dia lebih sayangkan Rom.
Agaknya gitulah pandangan banyak pemimpin UMNO masa ini, mereka bukan tak sayang Tuk Seri Zahid, tapi lebih sayangkan UMNO.
Klik di sini untuk terus membaca